
ULTRA MEDIC RIDER
Pelan yang
membantu anda melindungi kesihatan.
Seiring
dengan dunia yang pesat dengan kemajuan, kita juga sibuk berusaha untuk
meningkatkan taraf kehidupan. Oleh itu, perlindungan kesihatan yang benar-benar
menyakinkan adalah amat penting. Ia membolehkan anda meluangkan masa dengan
keluarga, melancong dan menerokai apa yang anda sentiasa inginkan. Namun
begitu, kesihatan anda sering terabai ketika menguruskan gaya hidup yang sibuk.
Ultra Medic Rider direka untuk mengembalikan semula tumpuan asal kepada
kesihatan. Dengan ini, anda boleh terus menjalani gaya hidup sihat tanpa merasa
risau tentang perlindungan perubatan.
Cabaran yang sering kita alami pada masa kini adalah
peningkatan kos perubatan dari tahun ke tahun dan juga kebimbangan terhadap bil
perubatan yang mungkin membebankan fikiran anda apabila tiba masanya untuk
mendapatkan penjagaan kesihatan berkualiti yang amat diperlukan.
“Di Malaysia, kenaikan kos perubatan dianggarkan
sekitar 15% setiap tahun. Ini bermakna, satu pembedahan apendisitis yang
ringkas dengan kos RM1,800 pada tiga tahun yang lalu akan meningkat lebih
kurang RM3,000 pada hari ini.”
“Kadar
kenaikan bil-bil perubatan adalah melebihi kadar inflasi umum setiap tahun. Ini
menimbulkan tanda tanya, sama ada penjagaan kesihatan adalah hanya untuk mereka
yang berkemampuan sahaja.”
- The Star,
14 Mac 2009.
Pelan Untuk Kesihatan Anda
Ultra Medic Rider memberikan anda ketenangan bila
tiba masanya untuk mendapatkan penjagaan kesihatan yang diinginkan. Ia
merupakan pelan perubatan premier insurans hospital dan pembedahan yang
menyediakan perlindungan perubatan komprehensif sehingga RM1,500,000 sepanjang
hayat dan terdiri daripada 5 pelan berbeza untuk disesuaikan dengan bajet dan
keperluan anda.
Manfaat Utama
Dengan Ultra
Medic Rider, anda akan menikmati manfaat-manfaat utama yang unik seperti
berikut:
* Pendapat Perubatan Kedua*
Kami memahami
bahawa apabila anda sedang berusaha untuk mendapat rawatan disebabkan oleh
sesuatu penyakit, pendapat perubatan kedua adalah amat berharga di samping
memberikan anda ketenangan fikiran. Keistimewaan manfaat Pendapat Perubatan
Kedua ialah laporan perubatan anda boleh dihantar ke mana-mana institusi
perubatan terkenal di dunia yang disyorkan, khusus bagi diagnosis anda. Dengan
cara ini, anda menerima pendapat daripada pakar-pakar perubatan yang terkemuka
di dunia untuk dibandingkan dengan diagnosis anda yang sedia ada.
Setelah menyerahkan fail-fail perubatan anda kepada
pusat perubatan pilihan, anda dan pakar perubatan anda akan menerima satu
salinan pendapat perubatan kedua yang lengkap. Bersama-sama dengan pakar
perubatan, anda kemudiannya boleh menentukan rawatan yang terbaik untuk
memulihkan penyakit anda.
* Rawatan Perubatan Alternatif*
Anda boleh mendapatkan rawatan perubatan alternatif
selepas dibenarkan keluar dari hospital, seperti Kiropraktor, Kiropodi,
Homeopati, Osteopati atau Akupunktur daripada pengamal yang mempunyai lesen di
bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
* Bonus Tanpa Tuntutan*
Oleh kerana anda menjaga kesihatan dengan baik, kami
berikan anda 5% daripada premium rider, dengan syarat tiada tuntutan dibuat
pada tahun sebelumnya, bermula dari tahun ketiga (ke-3) polisi dan tahun
berikutnya.
* Tiada Ko-Takaful*
Semasa anda
beransur pulih setelah menjalani rawatan, anda tidak perlu bimbang lagi. Di
Etiqa, kami membayar untuk rawatan anda mengikut pelan yang telah dibeli secara
penuh supaya anda boleh fokus terhadap pemulihan dan bukannya bimbang tentang pelunasan
bil-bil perubatan.
* Kad Kemasukan
Hospital Tanpa Tunai *
Ultra Medic Rider disertakan dengan satu kad
kemasukan hospital tanpa tunai yang memberikan anda akses kepada manfaat dalam
pelan ini. Ia bukan hanya satu kemudahan untuk menggunakan kad semua-dalam-satu,
malah ia juga memastikan proses daftar masuk dan keluar di hospital panel kami
berjalan dengan baik, tanpa tunai dan tiada masalah.
#sumber#
No comments:
Post a Comment