
Sempurnakan Lima Rukun Islam Anda
Sebagai salah satu rukun Islam, adalah menjadi
kewajipan ke atas setiap Orang Islam yang mampu mengerjakan Haji, untuk menjadi
tetamu Allah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Sebagai satu
perhimpunan tahunan terbesar di dunia, Haji adalah simbolik kepada perpaduan
umat Islam sebagai penyerahan kepada Tuhan. Ia adalah satu perjalanan yang
indah untuk memohon keampunan, sebagai satu bentuk jihad paling mudah dan
peluang untuk menebus dosa dan bermula semula dalam keadaan diri yang bersih
lagi suci.
Dengan
perjalanan yang penting ini, perancangan awal dan terbaik adalah perlu bagi
memastikan anda telah bersedia secara mental, spiritual dan paling utama,
kewangan. Mulakan perancangan sekarang untuk mencapai destinasi utama anda.
Lakukan Perbezaan ke Arah Perjalanan Spiritual Anda
Mabrur ialah
pelan Takaful simpanan dan perlindungan komprehensif yang melengkapkan
persediaan anda untuk menunaikan ibadah Haji dan Umrah. Etiqa menyediakan One
Stop Centre untuk anda merancang perjalanan Haji dan Umrah yang lebih baik.
Kami akan membantu proses pembukaan akaun Tabung Haji tanpa bayaran dan
pendaftaran Haji anda setelah Bayaran Tunai tetap pertama dibayar.
Pelan ini
disertakan Bayaran Tunai tetap yang dibayar pada akhir tahun ke-3 sijil dan
setiap tahun yang berikutnya dengan Bayaran Tunai tetap sebanyak 10% akan
dibayar pada akhir tahun ke-3 sijil. Bayaran Tunai tetap ini akan dikumpulkan
di dalam akaun Tabung Haji sebagai simpanan untuk memenuhi keperluan spiritual
dan pelan-pelan lain anda dan yang tersayang. Pelan ini menyediakan
perlindungan komprehensif untuk kedua-duanya, Peserta dan Orang Dilindungi,
malah anda mempunyai fleksibiliti untuk memilih tempoh perlindungan dari 20
sehingga 30 tahun.
Manfaat Utama
- Mula tambahkan simpanan anda
Nikmati Bayaran Tunai tetap sehingga 10% daripada
Jumlah Asas Dilindungi. Bayaran Tunai pertama akan dibayar pada akhir tahun
ke-3 sijil dan setiap tahun berikutnya.
Akhir
Tahun Sijil
|
% Jumlah Asas Dilindungi
|
3
|
10%
|
4 to 14
|
3%
|
15 to 24
|
4%
|
25 to 0
|
5%
|
Sub Jumlah
|
113%
|
Tambahan 10% menjelang tempoh
matang
|
10%
|
Jumlah keseluruhan*
|
123%
|
* Akhir Tahun Sijil yang tidak melebihi 30 tahun, jumlah Bayaran Tunai tetap yang diterima adalah kurang daripada 123%
Semua Bayaran Tunai tetap akan secara automatik
dikreditkan ke dalam akaun Tabung Haji Orang Dilindungi untuk menabung bagi
tujuan menunaikan Haji atau Umrah dan pelan masa depan yang lain. Apabila
mencapai tempoh matang, Bayaran Tunai tetap tambahan sebanyak 10% daripada
Jumlah Asas Dilindungi akan dibayar kepada Orang Dilindungi.
- Manfaat Matang
Pada akhir tempoh Takaful, nilai terkumpul dalam
Dana Pelaburan Peserta (DPP), jika ada, termasuk keuntungan daripada pelaburan
dana tersebut , dan lebihan Dana Risiko Peserta (DRP), jika ada, yang telah
diperuntukkan akan dibayar kepada Peserta.
Perlindungan Komprehensif
- Manfaat Kematian
Jika Orang Dilindungi meninggal dunia akibat
kemalangan atau sebab semula jadi, amaun Jumlah Dilindungi, Perbelanjaan
Pengebumian sebanyak RM1,000 berserta nilai terkumpul dalam DPP, termasuk
sebarang keuntungan DPP dari pelaburannya dan DRP, jika ada, akan dibayar.
·
Indemniti
Berganda ke atas Kematian akibat Kemalangan
Kami menyediakan tambahan 100%
daripada Jumlah Dilindungi yang dibayar jika Orang Dilindungi meninggal dunia sebelum
umur 70, disebabkan kemalangan yang berlaku semasa mengerjakan Haji atau Umrah
di Makkah atau Madinah.
·
Manfaat
Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK)
Jika Orang Dilindungi mengalami HUMK sebelum
umur 65 pada hari lahir berikutnya, amaun Jumlah Dilindungi ditambah semua
nilai terkumpul di dalam DPP, termasuk sebarang keuntungannya (jika ada) akan
dibayar. Jika agregat Jumlah Dilindungi (bagi setiap Orang Dilindungi) ialah
sehingga RM1 juta, ia akan dibayar secara sekaligus. Jika Jumlah DIlindungi melebihi
RM1 juta, baki Jumlah Dilindungi akan dibayar satu (1) tahun selepas bayaran
pertama dibuat, tertakluk kepada terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di
dalam Sijil Takaful.
· Manfaat Badal Haji
· Manfaat Badal Haji
Jika berlaku perkara yang tidak
diingini iaitu kematian atau HUMK sebelum sempat menunaikan Haji, kami akan
memastikan kewajipan Haji Orang Dilindungi disempurnakan dengan membayar
RM3,000 kepada Peserta atau Penama untuk menunaikan Badal Haji bagi pihak anda.
Manfaat ini akan ditunaikan jika Elaun Haji tidak dituntut dan Orang Dilindungi
mesti berumur 16 tahun ke atas. Untuk HUMK, Orang Dilindungi tidak melebihi
umur 65 tahun.
· Elaun Haji dan Umrah*
· Elaun Haji dan Umrah*
Elaun sebanyak RM1,000 akan dibayar
bagi mengerjakan Haji dan Umrah. Jika Orang Dilindungi mengerjakan Haji dan Umrah
pada masa yang sama, hanya elaun Haji akan dibayar. Manfaat Haji dan Umrah
tidak boleh dituntut dalam tahun sijil yang sama dan dengan syarat jarak 12
bulan dan tarikh tuntutan terakhir dibuat.
· Manfaat Ihsar*
· Manfaat Ihsar*
Apabila Orang Dilindungi dalam
keadaan berihram dan terhalang dari menunaikan Haji atau Umrah akibat keadaan
kesihatan, Manfaat Ihsar sehingga RM1,000 sepanjang tempoh perlindungan akan
dibayar untuk pembayaran balik kos penyembelihan haiwan.
· Elaun Penjagaan Anak*
· Elaun Penjagaan Anak*
Apabila menunaikan Haji, Orang Dilindungi
akan menikmati ketenangan minda apabila anak-anaknya terjaga. Elaun Penjagaan
Anak sebanyak RM1,000 akan dibayar. Umur anak mestilah tidak melebihi 18 tahun.
* Sijil hendaklah berkuatkuasa
sekurang-kurangnya 5 tahun dan semua sumbangan telah dibayar
#sumber#
No comments:
Post a Comment