
Perlindungan yang memberikan anda masa untuk bersama
keluarga anda dan simpanan untuk masa depan mereka.
Elite Takafulink membolehkan anda mengumpul simpanan
sambil menikmati detik-detik terindah bersama keluarga, pada masa yang sama
memastikan mereka sentiasa dilindungi.
Elite Takafulink adalah pelan yang memberikan anda rider perlindungan fleksibel serta peluang pelaburan dengan potensi pulangan yang tinggi.
Elite Takafulink adalah pelan yang memberikan anda rider perlindungan fleksibel serta peluang pelaburan dengan potensi pulangan yang tinggi.
Melalui ciri-ciri Takaful Berkaitan Perlaburan, anda
mempunyai pilihan untuk melabur di dalam mana-mana satu dana-dana yang
disediakan yang sesuai dengan objektif pelaburan serta tahap risiko anda.
Selain itu, anda akan menerima perlindungan asas
seperti perlindungan Kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal (HUMK)
dan pilihan rider perlindungan yang komprehensif.
Kini anda boleh melindungi keluarga anda,
meningkatkan simpanan dan pada masa yang sama meluangkan detik-detik terindah
bersama yang tersayang. Manfaat Utama:
Perlindungan Asas: Kematian dan Hilang Upaya
Menyeluruh & Kekal
Sekiranya berlaku kematian kepada Orang Dilindungi,
Jumlah Asas Dilindungi berserta Jumlah Nilai Dana (termasuk lebihan) ditolak
sebarang hutang akan dibayar secara sekaligus.
Sekiranya berlaku Hilang Upaya Menyeluruh &
Kekal (sebelum mencapai umur enam puluh lima (65) tahun pada hari lahir
berikutnya), Jumlah Nilai Dana akan dibayar secara sekaligus, tanpa mengira jumlah
Nilai Dana. Sekiranya Jumlah Asas Dilindungi yang perlu dijelaskan (bagi setiap
hayat) adalah sama atau kurang daripada RM1 juta, ia akan dibayar secara
sekaligus. Sekiranya Jumlah Dilindungi melebihi RM1 juta, maka bakinya akan
dibayar satu (1) tahun selepas ansuran pertama dibuat tertakluk kepada had
maksimum Pengendali Takaful bagi setiap had individu.
Jika Orang Dilindungi meninggal dunia sebelum umur
lima (5) tahun pada hari lahir berikutnya, kami akan membayar penuh Jumlah
Agregat Dilindungi jika jumlah itu tidak melebihi RM200,000. Jika Jumlah
Agregat Dilindungi melebihi RM200,000, maka kami akan membayar bakinya menurut
jadual seperti berikut:
Umur
pada Hari Lahir Berikutnya
|
Peratusan
Jumlah Agregat Dilindungi
|
1
|
20%
|
2
|
40%
|
3
|
60%
|
4
|
80%
|
5 dan ke atas
|
100%
|
Had ini hanya terpakai untuk pembayaran Jumlah
Dilindungi dan tidak menjejaskan apa-apa pembayaran Nilai Dana.
·
Bonus
Kesetiaan
Ganjaran sebanyak 6% daripada Jumlah Nilai Dana atau
3% daripada sumbangan tahunan asal (mana yang terendah) akan diberi kepada anda
pada hujung tahun Sijil yang ke-5, ke-10 dan ke-15 kerana mengekalkan pelan dan
membayar sumbangan tepat pada masanya.
· ·
Tempoh
Peruntukan Tidak Luput
Kami menawarkan Tempoh Peruntukan Tidak Luput dalam
tiga (3) tahun Sijil pertama untuk memastikan status Sijil tetap berkuat kuasa
walaupun Jumlah Nilai Dana berada pada kadar sifar, dengan syarat sumbangan
dibayar tepat pada masanya tanpa Cuti Sumbangan dan tiada pengeluaran dari
Jumlah Nilai Dana dibuat dalam tempoh tersebut.
#sumber#
No comments:
Post a Comment