Apa itu Takaful Keluarga?
Sekarang orang dah ramai tahu tentang Takaful, tapi masih
lagi ramai Orang Islam yang belum memiliki sijil Takaful. Mungkin ada masih
anggap mengambil sijil Takaful sebagai beban sebab terpaksa bayar sejumlah
wang dan hasil yang tidak jelas..
Itulah hakikat Takaful, hasilnya memang kita tidak nampak
sampailah berlaku malapetaka... Contohnya, bila kaki dapat kecacatan kekal,
tanpa sijil Takaful? macam mana nak teruskan kehidupan? Silap-silap dah tak
boleh bekerja lagi, maka kita hilang punca pendapatan..
Ramai juga anggap kemalangan tak mungkin menimpa mereka.
Tetapi kena jugak ingat.. Tuhan menyuruh kita merancang untuk masa depan.
So Kali ni Saya nak Kongsi apa itu Takaful Keluarga:-
Takaful keluarga memberi Perlindungan dan Simpanan Jangka
Panjang, manafaat adalah untuk diri kita sendiri atau untuk keluarga kita jika
ditimpa musibah. Simpanan Jangka Panjang akan kita dapat kerana sebahagian dari
carumah didepositkan dalam akaun simpanan. Pulangan pelaburan berdasarkan
kepada nisbah yang telah dipersetujui.
Kita juga dapat pelepasan cukai perseorangan seperti
mengambil insuran nyawa. Maksimum pelepasan bagi Takaful Keluarga biasa ialah
RM5,000 setahun. Nilai tersebut setelah ditolak caruman yang dibayar kepada
skim faedah saraan, seperti KWSP, Pelan Perubatan dan Pelajaran, Pelepasan
Cukai ialah RM3,000 setahun.
Konsep Takaful Macam Mana?
Bila kita sertai takaful keluarga, kita akan carum sejumlah
wang ke dalam dana takaful. Anda akan memeterai perjanjian (aqad) bagi
sebahagian daripada caruman anda sebagai caruman penyertaan (tabarru’) dan
sebahagian lagi sebagai simpanan dan pelaburan.
Caruman dalam bentuk tabarru’ akan dimasukkan ke dalam
sebuah dana (Akaun Khas Peserta atau AKP) yang akan digunakan untuk saling
membantu sekiranya salah seorang peserta ditimpa musibah seperti kematian atau
hilang upaya kekal. Jika anda masih hidup sehingga tarikh matang pelan
tersebut, anda layak untuk berkongsi lebihan bersih daripada dana itu, jika
ada.
Pengendali takaful akan melaburkan caruman simpanan dan
pelaburan anda (Akaun Peserta atau AP) dan keuntungan akan dikongsi antara anda
dan pengendali takaful berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui.
Macam mana Perlindungan Takaful ?
Takaful keluarga individu (perseorangan)
Ini termasuk
pelan pelajaran, gadai janji, kesihatan dan ‘rider’. Anda akan menerima manfaat
kewangan jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal, serta simpanan jangka
panjang (pelaburan) dan keuntungan pelaburan yang akan diberikan sekiranya
dituntut, matang atau serahan awal.
Takaful keluarga berkumpulan (majikan, kelab, persatuan dan
kesatuan)Ini termasuk pelan pelajaran berkumpulan, perubatan berkumpulan,
kesihatan dan ‘rider’. Jumlah minimum peserta dikehendaki untuk layak memasuki
pelan ini. Anda akan mendapat perlindungan dalam bentuk manfaat kewangan
sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.
Anuiti
Pelan yang memberi pendapatan tetap selepas anda
bersara.
Pelaburan Sebahagian daripada caruman anda akan digunakan
untuk membeli unit-unit pelaburan seperti unit saham atau sekuriti pendapatan
tetap. Perlindungan takaful merangkumi kematian dan hilang upaya kekal.Takaful
keluarga ‘rider’ merupakan tambahan kepada pelan takaful keluarga asas. ‘Rider’
memberi perlindungan sekiranya berlaku kemalangan diri dan hilang upaya,
perubatan dan kesihatan.
sumber